![]()
Perancangan projek binaan
Perancangan sesuatu projek amat penting. Dari segi faktor kewangan sehingga selesai projek. Bajet untuk membina kediaman tersebut biar mengikut kemampuan dan jangan ‘over’. Jika tidak mampu bayar ansuran bulan dalam tempoh tertentu takut pula ia akan dilelong pulak oleh pihak institusi kewangan. Walaubagaimapun anda dinasihatkan sediakan peruntukan kecil luar jangka jika ada sesuatu perkara berlaku. Dapatkan khidmat nasihat pihak bank jika ada kemuskilan
Pastikan staus geran tanah
Memastikan lokasi sebenar tapak projek binaan
Anda disarankan melantik jurukur berlesen bagi memastikan lokasi sebenar tapak bina, sempadan tanah anda dan sekali gus mendapat arah kiblat yang tepat bagi orang muslim. Dengan melantik jurukur berlesen maka tidak timbul sebarang pertelingkahan sekiranya berlaku pada masa akan datang. Perkara ini amat penting walaubagaimana pun ada sebilangan kecil yang tidak mengambil berat faktor ini.
Melantik Juru Ukur Berlesen
Keadaan tapak projek binaan
Anda harus memastikan kedaaan tapak projek tersebut adakah sedia untuk proses pembinaan atau tidak. Jika kedaaan tapak tersebut perlu ditambun maka tambun dulu dan biarkan dalam tempoh yang agak lama bagi proses mendapan kelak. Sebelum pembinaan dijalankan adalah di nasihatkan pendapat pandangan dari pakar rawatan anai – anai yang bertauliah agar masalah serangan anai – anai dapat dielakan dari berlaku.
Membuat rawatan anai-anai di tapak pembinaan
Memilih kontraktor binaan yang berlesen serta berwibawa
Memilih kontraktor binaan yang berwibawa bukan perkara yang mudah. Walaubagaimanapun disarankan yang mempunyai lesen kontraktor dan yang paling penting berpengalaman serta mempunyai repotasi terbaik. Tidak semestinya yang ada lesen itu yang terbaik malah ada juga tukang kampung lebih baik di atas pengalaman mereka. Ambil masa sedikit dalam proses penilaian, jangan terburu – buru mencari, selidik latarbelakang kontraktor tersebut dan lihat hasil kerjanya sebelum ini. Selepas itu boleh buat penilaian.
Dapatkan beberapa sebutharga yang berpatutan
Dalam hal – hal kewangan, anda seharusnya memberikan perhatian serta mengambil sedikit masa dalam membuat perbandingan beberapa sebutharga dari beberapa kontraktor binaan. Jangan sesekali dapatkan satu sebutharga dan terus membuat keputusan. Kaji dan selidik terlebih dahulu. Lebih risiko lagi jika anda mendapat sebutharga yang terlalu murah. Takut apa yang dipersetujui tidak dilaksanakan, tak pun ia dilaksanakan secara tidak sempurna. Berwaspada. Perkara ini tidak mustahil berlaku.
Buat surat perjanjian sebutharga bertulis
Surat penjanjian ini merupakan dokumen yang amat penting bagi kedua belah pihak maka dengan itu anda di nasihatkan membuat surat perjanjian sebutharga bertulis berdasarkan speksifikasi binaan dan pelan. Surat perjanjian tersebut perlu dimatikan setem. Sebelum menandatangani surat perjanjian tersebut, pastikan anda memahami isi kandungan surat perjanjian, speksifikasi binaan dan pelan kerana anda terikat dengan apa yang dipersetujui agar tiada pertelingkahan berlaku.
Buat pembayaran mengikut peringkat pembinaan
Jika anda mempunyai bajet sendiri, anda di nasihatkan membayar kos binaan bangunan anda mengikut peringkat – peringkat pembinaan semasa seperti di dalam dokumen penjanjian.Kes ini berlaku apabila jika seseorang itu meminjam pinjaman peribadi atau duit simpanan. Awas jangan membayar lebih dari pada yang ada di tapak projek. Pihak kontraktor akan meminta bayaranya semasa pembinaan sedang dijalankan. Cuba luangkan masa memantau projek pembinaan tersebut.