00000000

Pakej A merupakan pakej lukisan rekabentuk skematik dan lukisan 3 dimensi bahagian luar. Semua ini di dalm format PDF bersaiz A3 ( tidak boleh dipinda atau di edit )

Lukisan rekabentuk skematik adalah fasa pertama / awalan bagi mendapatkan konsep rekebentuk yang memberikan gambaran kepada pelanggan agar memudahkan kefahaman mereka mengenai rekabentuk bangunan itu sendiri. Ia di tambah pula dengan divisuailkan  lukisan 3 dimensi bahagian luar agar ia lebih nampak jelas konsep rekabentuk tersebut.

Berdasarkan ini anda dapat memberikan kepada beberapa pihak kontraktor pilihan anda bagi mendapatkan beberapa sebutharga. Perhatian dengan pembelian Pakej A ini tidak boleh dijadikan dokumen pembinaan dan dokumen untuk permohonan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Sila rujuk di dalam terma dan syarat untuk info lanjut.

Untuk proses permohonan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, maka harus menyerahkan Pakej A untuk seterusnya kepada pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan Bertauliah melukisnya dalam perisian CAD dalam (fail.dwg) berdasarkan info yang terdapat di dalam Pakej A dan memenuhi semua syarat-syarat serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Jika ada sebarang perubahan pindaan sila nyatakan kepada pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bertauliah untuk tindakan. Sila rujuk rujuk terma dan syarat untuk info lanjut.

Di dalam semua pakej tidak diberikan pelan struktur bangunan. Maka menjadi tanggungj jawab anda melantik Jurutera Bangunan Bertauliah bagi memberikan pelan struktur bangunan sedasarkan tapak pembinaan anda. Sila rujuk rujuk terma dan syarat untuk info lanjut.

 

Di dalam kandungan Pakej A (Lukisan Skimatik) terdapat info – info seperti berikut :-

  • Informasi Kod Produk
  • Contoh Pelan Tapak Minimum(Untuk keterangan yang lebih tepat dan detail berkenaan keluasan minimum pelan tapak sila rujuk dengan Pihak Berkuasa Tempatan anda)
  • Contoh Pelan Keluasan Bangunan Keseluruhan.
  • Contoh Pelan Lantai
  • Contoh Pandangan Hadapan
  • Contoh Pandangan Belakang
  • Contoh Pandangan Sisi Kanan
  • Contoh Pandangan Sisi Kiri
  • Contoh Keratan X-X
  • Contoh Pelan Susunatur Perabot
  • Contoh Pelan Bumbung
  • Contoh 6 Rekabentuk 3D Bahagian Luar Bangunan
  • Contoh Speksifikasi Asas Bangunan

 

 

Semua info ini disimpan di dalam bentuk ‘softcopy’  format fail PDF dalam CD

Contoh Kod Informasi Produk

Contoh Pelan Keluasan Bangunan Keseluruhan

Contoh Pandangan Hadapan

Contoh Pandangan Sisi Kanan

Contoh Keratan X-X

Contoh Pelan Bumbung

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 2

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 4

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 6

Contoh Pelan Tapak Minimum

Contoh Pelan Lantai

Contoh Pandangan Belakang

Contoh Pandangan Sisi Kiri

Contoh Pelan Susunatur Perabot

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 1

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 3

Contoh Rekabentuk 3D Luar – 5

Contoh Speksifikasi Bangunan