00000000

Di dalam Pakej B terdapat tambahan pelan bangunan yang tidak berwarna (hitam & putih). Di dalam pelan ini terdapat pelan lantai, keratan x-x, keratan y-y, pandangan hadapan, pandangan belakang, sisi kanan, sisi kiri, pelan bumbung dan speksifikasi bangunan. Semua ini di dalam format PDF bersaiz A1 ( tidak boleh dipinda atau di edit ). Jika ada sebarang perubahan pindaan sila nyatakan kepada pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bertauliah untuk tindakan mereka. Sila rujuk rujuk terma dan syarat untuk info lanjut.

Untuk proses permohonan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, maka harus menyerahkan Pakej B untuk seterusnya kepada pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan Bertauliah melukisnya dalam perisian CAD dalam (fail.dwg) berdasarkan info yang terdapat di dalam Pakej B dan memenuhi semua syarat-syarat serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Di dalam pakej B ini terdapat semua yang ada di dalam  (Pakej A ) lukisan rekabentuk skematik adalah fasa pertama / awalan bagi mendapatkan konsep rekebentuk yang memberikan gambaran kepada pelanggan agar memudahkan kefahaman mereka mengenai rekabentuk bangunan itu sendiri. Ia di tambah pula dengan divisuailkan  lukisan 3 dimensi agar ia lebih nampak jelas konsep rekabentuk tersebut.

Berdasarkan ini anda dapat memberikan kepada beberapa pihak kontraktor pilihan anda bagi mendapatkan beberapa sebutharga. Perhatian dengan pembelian Pakej B ini tidak boleh dijadikan dokumen pembinaan dan dokumen untuk permohonan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Sila rujuk di dalam terma dan syarat untuk info lanjut.

Di dalam semua pakej tidak diberikan pelan struktur bangunan. Ini kerana setiap tapak projek mempunyai bentuk muka bumi dan keadaan fizikal tanah yang berbeza-beza. Maka menjadi tanggungj jawab anda melantik Jurutera Bangunan Bertauliah bagi memberikan pelan struktur bangunan sedasarkan tapak pembinaan anda. Sila rujuk rujuk terma dan syarat untuk info lanjut.

Di dalam kandungan Pakej B terdapat semua yang terdapat di dalam Pakej A (Lukisan Skimatik) dan tambahan pelan bangunan bersaiz A1 tidak berwarna (hitam/putih) seperti contoh di bawah :-

Contoh Tambahan :

  • Contoh Pelan bangunan tidak berwarna bersaiz A1
Semua info ini disimpan di dalam bentuk ‘softcopy’  format fail PDF dalam CD
Contoh Pelan Bangunan dalam fail PDF bersaiz A1 (tidak berwarna)