00000000

Soalan 1 : Apakah fungsi utama Mydesign2u.com diwujudkan?

Jawapan : Mydesign2u.com berfungsi sebagai kedai online menjual rekabentuk bangunan yang menarik kepada sesiapa jua yang berminat membeli.

Soalan 2 : Berapakah pakej yang pihak Mydesign2u.com tawarkan?

Jawapan : Kami di Mydesign2u.com menawarkan 3 jenis pakej pembelian.

  • Pakej A – Lukisan skimatik dan lukisan 3 dimensi bahagian luar dalam format PDF bersaiz A3.
  • Pakej B – Lukisan pelan bangunan berwarna dan tidak berwarna di dalam format PDF bersaiz A1 bersama pakej A.
  • Pakej C – Lukisan pelan bangunan berwarna dan tidak berwarna di dalam perisian CAD format dwg bersaiz A1 bersama pakej A dan pakej B.
Soalan 3 : Adakah Mydesign2u.com menawarkan pakej pembelian bercetak bersaiz A3 dan A1?

Jawapan : Kami memohon maaf. Untuk pengetahuan anda pihak kami BELUM ada pakej pembelian siap bercetak di dalam saiz A3 dan A1. Walaubagaimana pun pihak kami akan berusaha menyediakan pakej ini pada masa akan datang.

Soalan 4 : Mengapakah format 'softcopy' PDF dan dwg dipilih?

Jawapan : Format ini dipilih kerana ia mesra kepada pelanggan seperti anda dan pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan Bertauliah. Dengan adanya fail dwg yang mengunakan perisian CAD memudahkan dan mencepatkan pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan Bertauliah kerja mereka untuk proses permohonan kelulusan kepada pihak Berkuasa Tempatan kawasan anda. Jika ada sebarang perubahan dan pindaan yang hendak dibuat maka dengan adanya fail dwg memudahkan pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan melakukanya.

Soalan 5 : Apakah berbezaan antara Arkitek dengan Pelukis Pelan Berdaftar?

Jawapan : Perbezaan yang jelas dan penting untuk anda ketahui adalah berkenaan jumlah keluasan maksimum yang boleh di urus dan disahkan dokumen. Pihak Arkitek BOLEH menguruskan dan mengesahkan dokumen semua projek dari 0 kaki persegi sehinggan tiada sebarang HAD. Manakala pihak Pelukis Pelan Berdaftar hanya BOLEH menguruskan dan mengesahkan dokumen semua projek dari 0 kaki persegi sehingga ke 3000 kaki persegi sahaja. Sila dapatkan keterangan lanjut dengan pihak berkenaan untuk lebih jelas.

Soalan 6 : Apakah pentingnya melantik Jurutera Bangunan Bertauliah?

Jawapan : Ya sudah semestinya. Ia amat penting. Bagaimana hendak membina sesuatu bangunan tanpa ada pelan struktur bangunan yang menjelaskan semua perkara yang penting berkenaan info speksifikasi stuktur binaan. Dengan adanya pelan struktur dari Jurutera Bangunan yang bertauliah perkara ini dapat di atasi dan pihak kontraktor yang anda lantik hanya perlu mematuhi semuanya.

Soalan 7 : Boleh tak sekiranya anda ingin menggunakan pakej pembelian untuk dijadikan dokumen pembinaan dan dokumen permohonan kelulusan kepada Pihak Berkuasa Tempatan?

Jawapan : TIDAK boleh. Anda seharusnya melantik pihak Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Bangunan Bertauliah untuk menguruskanya. Jika sekiranya anda enggan, anda di pertanggung jawab semua jenis risiko yang berbangkit. Sila rujuk dalam terma dan syarat untuk keterangan lanjut.

Soalan 8 : Saya BUKAN pembeli dari Malaysia yang ingin membeli pakej pembelian yang ditawarkan. Boleh tak saya membeli?

Jawapan : Ya sudah semestinya BOLEH membelinya. Akan tetapi anda seharusnya mendapat info yang lebih lanjut dengan mengubungi pihak kami melalui emel terlebih dahulu bagi mendapatkan kos penghantaran ke tempat anda yang perlu anda tanggung dan nilai pertukaran wang semasa kerana semua nilai di dalam matawang Ringgit Malaysia. Kami tidak bertanggung jawab di atas pembelian yang TIDAK mematuhi syarat yang ditetapkan. Syarat ini ditetapkan bagi memudahkan urusan semua pihak.

Soalan 9 : Adakah pihak Mydesign2u.com menawarkan perkhidmatan rekabentuk secara 'custom'

Jawapan : Maaf, buat masa kini kami tidak menawarkan perkhidmatan rekabentuk secara ‘custom’.

Soalan 10 : Apakah tips -tips bagi mendapatkan kos pembinaan?

Jawapan : Bagi menentukan kos pembinaan dengan lebih tepat perlu melantik Juru Ukur Bahan. Walaubagaimana pun di senaraikan beberapa tips yang boleh mempengaruhi sesuatu kos pembinaan.

  • Lokasi tapak pembinaan anda itu sendiri
  • Proses penyediaan awalan tapak pembinaan di mana terdapat pembersihan kawasan dan tambun tanah jika ada keperluan.
  • Proses perkhidmatan rawatan anai-anai dari pakar rawatan anai-anai.
  • Keluasan keseluruhan bangunan
  • Jenis kemasan yang digunakan
  • Kelengkapan perabot ‘custom and bulid’ dari aspek saiz, kemasan dan sebagainya.
  • Perkhidmatan kos proses awalan dari pihak Arkitek / Pelukis Pelan, Jurutera Bangunan, Juru Ukur Berlesan dan sebagainya.
  • Kos kontraktor binaan yang diperstujui yang anda lantik
  • Perubahan iklim ekonomi semasa.
Soalan 11 : Sekiranya saya ingin membuat pinjaman dari instutusi kewangan, bagaimana?

Jawapan : Pihak instutusi kewangan memerlukan pelan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan pelantikan pihak kontaktor telahpun dibuat perdasarkan kos yang telah kedua-dua pihak persetujui. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pihak institusi kewangan untuk keterangan yang lebih lanjut.