00000000

Apabila anda menggunakan laman web kami ini maka :-

Terma dan syarat ini mewakili perjanjian antara anda dan Mydesign2u.com yang mentadbir penggunaan laman web ini yang telah menyediakan produk pelbagai idea dan konsep rekabentuk bangunan dengan pihak anda/pelanggan/pembeli, anda/bakal pelanggan/pembeli, pengguna, semua pengunjung laman ini dan pihak lain yang berkaitan dengan anda para pelanggan/pembeli yang membeli semua produk kami.

Dengan menggunakan laman ini, sama ada untuk melihat atau membeli produk kami atau sebaliknya, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami, dan bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat ini.

Apa yang tidak dibenarkan, apabila menggunakan laman web ini dan anda pelanggan telah bersetuju bahawa anda tidak akan:

  • Melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, perintah, ordinan, peraturan, keperluan, kod atau perintah eksekutif atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau kehakiman yang berkaitan (“Undang-undang yang Berkenaan”); Jika ada pelanggaran atau ke tidak patuhan berlaku adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya anda menerima risiko. Pihak kami Mydesign2u.com tidak akan bertanggung jawab.
  • Mengemukakan sebarang maklumat peribadi, termasuk nama atau alamat e-mel, yang berkaitan dengan individu lain;
  • Menyamar sebagai orang atau entiti, menyatakan secara palsu atau salah menafsirkan gabungan anda dengan seseorang atau entiti, atau memasukkan ketidakakuraan yang disengajakan dalam maklumat anda.
  • Melanggar atau cuba untuk melanggar keselamatan laman web ini.
  • Mengambil maklumat dari laman ini dengan cara automatik atau sebaliknya tanpa kebenaran.

Privasi anda :

  • Penggunaan laman web ini tertakluk kepada dasar privasi Mydesign2u.com. Pihak kami tidak akan  menjual data peribadi pelanggan kepada sesiapa jua pun. Dengan menggunakan laman web ini, anda pelanggan mengakui dan bersetuju dengan koleksi, perkongsian imej serta penggunaan maklumat seperti testimoni dan sebagainya
  • Maklumat yang diberikan adalah untuk kegunaan kami sahaja. Segala butiran maklumat yang diberikan di dalam proses pembelian produk maka para telah bersetuju memberikan untuk kegunaan kami.

Matlamat :

  • Semua Produk yang kami tawarkan adalah satu produk yang terbaik yang diberikan ihlam serta idea-idea dari Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya kami yakin tidak ada yang sempurna produk kami ini melainkan ia Yang berkuasa Lagi Maha mengetahui Akan Segalanya. Walaubagaimana pun kami mencuba sebaik mungkin memberikan produk yang terbaik kepada para pelanggan
  • Laman web mydesign2u.com diwujudkan bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan idea dan konsep rekabentuk. Secara tidak langsung ia menjimatkan masa para pelanggan berfikir bagi mendapatkan idea dan konsep rekabentuk kediaman mereka.
  • Dengan pakej pembelian tersebut maka ia boleh diserahkan kepada pihak yang bertanggung jawab seperti Arkitek, Jurutera Bangunan bertauliah atau Pelukis Pelan Berdaftar untuk proses seterusnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan kawasan berkenaan bagi tujuan kelulusan.

Karya Hakcipta Terpelihara :

  • Semua yang dipaparkan di laman web ini dan yang dijual adalah menjadi hakmilik sepenuhnya penulis dan penerbit Mydesign2u.com di bawah undang – undang Harta Intelek Akta Hakcipta 1987 dan semua undang-undang Harta Intelek Malaysia. Tindakan undang-undang akan diambil bagi sebarang penggunaan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kami Mydesign2u.com
  • Sebarang jua jenis kandungan yang terdapat di dalam laman web ini adalah dilarang sama sekali …………………………….
  • Penggunaan produk yang dibeli adalah untuk kegunaan para pelanggan MyDesign2u.com sahaja bagi tujuan mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan dan ia tidak boleh digunakan oleh pihak ketiga di dalam apa jua kaedah media cetak, media sosial atau elektronik.
  • Pihak ketiga adalah dilarang menjual, menyalin, menyimpan, mencetak dan sebagainya untuk tujuan kepentingan mereka sendiri.
  • Para pelanggan tidak boleh menjual dan menyebarkan kepada sesiapa sahaja pakej pembelian yang di beli di dalam apa jua bentuk media cetak, media sosial atau elektronik. Ia adalah untuk kegunaan sendiri sahaja.

Harga Produk Yang DiTawarkan :

  • Semua produk yang ditawarkan adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia, Jika ada sebarang pembelian luar dari Malaysia maka pihak pelanggan perlu menghubungi kami di Mydesign2u.com bagi mendapat mendapat kadar tukaran mata wang terkini serta kos perkhidmatan pos ke destinasi anda sebagai pelanggan.
  • Dari masa ke semasa Mydesign2u.com berhak membuat sebarang perubahan harga naik atau turun yang berbentuk promosi dan sebagainya.
  • Semua harga yang telah ditawarkan adalah berpatutan berdasarkan keluasan bangunan, idea, konsep rekabentuk, tempoh masa bekerja, serta lain-lain kos bagi menghasilkan setiap produk kami berdasarkan pakej – pakej yang ditawarkan.

Tanggungjawab Pelanggan :

  • Semua pelan rumah, lukisan, reka bentuk, imej, dokumentasi yang disediakan di mydesign2u.com telah direka khas untuk pelanggan mydesign2u.com.Lihat isi kandungan contoh pakej pembelian dan fahami fungsi kandunganya. Oleh itu semua pelanggan diminta menyerahkan pakej pembelian anda bagi perkhidmatan Arkitek , Jurutera Bangunan Bertauliah dan Pelukis Pelan Berdaftar untuk proses seterusnya bagi mereka menguruskan proses penyerahan permohonan membina rumah kediaman kepada Pihak Berkuasa Tempatan tempat anda mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum sebarang pembinaan dijalankan di tapak anda bagi tujuan kelulusan dari Pihak berkuasa Tempatan.
  • Pihak kami tidak menyediakan pelan struktur binaan maka menjadi tanggungjawab anda melantik Jurutera Bangunan Bertauliah menyediakannya berdasarkan pakej pembelian anda.
  • Semua kos perkhidmatan pihak Arkitek, Jurutera Bangunan Bertauliah dan Pelukis Pelan Berdaftar serta semua kos proses di Pihak Berkuasa Tempatan adalah tanggungjawab pelanggan bukan pihak kami mydesign2u.com. Sekiranya ada sebarang kos tambahan ia adalah tanggung jawab pelanggan juga.
  • Jika sekiranya pihak pelanggan gagal atau enggan memohon kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah menjadi tanggungjawabnya menganggung apa jua risiko yang melibatkan kos, emosi dan sebagainya. Pihak kami Mydesign2u.com tidak sesama sekali bertanggungjawab atas sebarang jua perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
  • Pihak kami tidak bertanggung jawab atas mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan kawasan pelanggan.
  • Setiap rekabentuk yang telah direka mempunyai keluasan bangunan yang tersendiri dan sesuai dibangunkan di atas tanah dengan keluasan minimum tertentu rujuk contoh Pelan Tapak di laman utama dan boleh mendapatkan maklumat butiran terpenci dari Pihak Berkuasa Tempatan kawasan pelanggan. Sebarang pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku yang menyebabkan keluasan rekabentuk rumah kediaman yang dibuat oleh pelanggan adalah di luar tanggungan Mydesign2u.com. Ia adalah tanggung jawab pelanggan sendiri.
  • Pihak kami mydesign2u.com tidak bertanggungjawab diatas pembelian para pelanggan di atas sebarang jenis rekabentuk yang telah kami sediakan menetapti semua kos bajet para pelanggan.
  • Jika terdapat sebarang jenis kos tambahan yang perlu ditanggung oleh para pelanggan merujuk kepada isi kandungan pakej pembelian di dalam merealisasikan kediaman anda dari apa jua aspek dan segi maka kami di mydesign2u.com tidak akan bertanggung jawab.
  • Mydesign2u.com dan mana-mana ahli, atau kakitangannya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian. kerosakan, kemusnahan atau apa jua termasuk dari segi kos yang ditanggung oleh pelanggan (jika ada) di dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas pembinaan dijalankan.
  • Pihak kami tidak bertanggung jawab jika terdapat sebarang perubahan, pindaan dan sebagainya dari apa jua aspek dan segi yang terdapat di dalam pakej pembelian dengan sebelum, semasa dan selepas pembinaan siap. Kegagalan berlaku bukan di atas tanggung jawab kami di Mydesign2u.com.
  • Pihak kami Mydesign2u.com juga tidak bertanggungjawab untuk kegagalan mendapatkan rekabentuk bangunan yang serupa seperti yang digambarkan oleh lukisan yang kami telah sediakan didalam semua pakej pembelian termasuk sebarang jenis pindaan dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
  • Dari aspek permantauan projek yang dijalankan pihak kami Mydesign2u.com tidak terlibat dan tidak bertanggung jawab. Pihak yang berkelayakan seperti Arkitek, Jurutera Bangunan dan Pelukis Pelan Berdaftar yang pelanggan lantik adalah bertanggung jawab sepenuhnya.
  • Sebagai pelanggan, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan ID pelanggan dan password anda. Pastikan butiran tersebut disimpan dengan selamat dan jangan sesekali mendedahkan butiran tersebut kepada sesiapa jua . Perlu diingatkan anda sebagai pelanggan supaya sentiasa log keluar selepas tamat sesi bagi memastikan bahawa butiran peribadi anda tidak boleh diakses oleh pihak tidak bertanggungjawab. Langkah berjaga-jaga ini perlu dipraktikkan bukan sahaja ketika anda menggunakan computer awam, seperti di perpustakaan atau kafe internet, malahan ketika anda menggunakan computer peribadi anda di rumah.

Rekabentuk ‘Custom’ dan Pengubahsuian Rekabentuk :

  • Pihak kami di Mydesign2u.com memohon maaf kerana kami tidak menyediakan perkhidmatan rekabentuk ‘custom’ dan pengubahsuaian rekabentuk yang telah kami tawarkan di laman web ini. Pengubahsuaian rekabentuk boleh dijalankan oleh pihak Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar. Walaubagaimanapun pihak kami tidak akan bertanggung jawab di atas apa jua perkara berbangkit/berlaku dari apa jua aspek termasuk apa jua kos yang perlu ditanggung. Ia adalah tanggung jawab anda sendiri.

Polisi Tuntutan,Pampasan, Penukaran Produk, Pembatalan dan Pemulangan Wang :

  • Pihak kami Mydesign2u.com tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak lain ke atas para pelanggan.
  • Setiap pakej pembelian adalah pilihan dari pelanggan dan bertanggung jawab di atas pembelian tersebut maka pihak kami tidak akan memulangkan semula jumlah wang pembelian kepada pihak pelanggan dengan apa jua alasan ketidakfahaman isi kandungan, citarasa dan konsep yang diidamkan. Pihak kami Mydesign2u.com tidak akan bertanggungjawab.
  • Para pelanggan dengan ini setuju menanggung apa jua jenis permasalahan, risiko, aspek emosi, kerugian kos dan semua aspek berhubung dengan pembelian semua produk dari kami dan tidak apa jua tuntutan, ganti rugi dan pampasan. Adalah menjadi tanggung jawab para pelanggan sendiri tanpa melibatkan pihak kami di Mydesign2u.com.
  • Pihak tidak mengamalkan penukaran pakej produk pembelian yang telah dibeli dengan apa jenis bentuk jua pun.
  • Setiap pembelian pakej produk pembelian yang dibeli tidak boleh dibatalkan.

Kaedah Pembelian :

  • Pihak kami hanya berurusan dengan kaedah pembelian yang terdapat di laman web ini. Pihak kami tidak menerima sebarang kaedah lain.

Kaedah Penghantaran :

  • Kami memberikan penghantaran PERCUMA dengan menggunakan khidmat penghantaran Poslaju Malaysia ke seluruh semenanjung malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei. Penghantaran akan dibuat dalam 2-3 hari hari bekerja setelah pembayaran diterima. Tracking No. akan diberikan kepada anda melalui email atau sms. Anda boleh jejak penghantaran anda melalui laman web rasmi poslaju. Tempoh masa sampai bergantung pada lokasi penerima. Berkemungkinan jika ada sesuatu perkara berlaku maka pihak kami berhak menukarkan khidmat penghantaran yang lain.
  • Sekiranya ada permintaan dari pelanggan selain dari negeri yang dinyatakan di atas sila email kepada kami untuk mendapatkan harga kos penghantaran yang pihak pelanggan harus tanggung.
  • Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran secara COD.

Tempoh Masa :

  • Tempoh masa penghantaran tidak dapat ditetapkan. Ia bergantung kepada lokasi penerimaan berdasarkan alamat yang diberikan. Ia tertakluk pada perkhidmatan penghantaran Poslaju Malaysia.

Kaedah Pembungkusan :

  • Kami mencuba memberikan pembungkusan yang terbaik dan berkualiti agar para pelanggan mendapat produk di dalam keadaan yang baik.

Pakej Pembelian :

  • Pihak kami Mydesign2u.com menawarkan 3 jenis Pakej Pembelian terdiri dari A,B dan C. Semua isi kandungan yang terdapat di dalamya adalah sebagai proses awalan bagi mendapatkan idea dan konsep rekabentuk. Ia tidak boleh dijadikan dokumen untuk proses kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan kawasan para pelanggan dan ia jua tidak boleh dijadikan untuk proses pembinaan. Jika pelanggan ingin dijadikan untuk proses pembinaan ia adalah tanggung jawab pelanggan dan pihak kami tidak akan bertanggung jawab dari apa jua aspek dan segi.
  • Semua pakej pembelian adalah berbentuk ‘softcopy’ di dalam bentuk CD yang perlu dicetak sendiri oleh para pelanggan dan kos percetakan adalah tanggungjawab para pelanggan sendiri. Jika terdapat fail yang berlaku kerosakan di dalam CD yang diberikan harap dimaklumkan dengan segera. Walaubagaimanapun ia telah diuji sebelum ia diberikan kepada para pelanggan.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang permasalahan, kerugian dan sebagainya yang timbul atau berbangkit dari semua aspek isi kandungan, format ‘softcopy’ dan sebagainya.

Pengubahsuaian Terma dan Syarat :

  • Pihak kami mempunyai hak untuk mengubah apa jua terma dan syarat di atas bila – bila masa sahaja mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis makluman kepada pelanggan kami, bakal pelanggan dan semua pengunjung  di laman Mydesign2u.com. Sebarang pengubahsuaian berkuatkuasa serta-merta sebaik sahaja ia dimuat naik di laman web. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengkaji semua terma dan syarat atau notis tambahan di laman web ini.Sekiranya anda telah membaca dan memahami semua kandungan seperti yang tertera di atas dan bersetuju maka anda boleh membeli semua produk kami tawarkan.