00000000

Anda Masih Mencari Idea-Idea Dan Rekabentuk Menarik Kediaman Anda. Kami Mencuba Merealisaikan Impian Anda. Pelbagai Rekabentuk Yang Menarik Khas Untuk Anda.

Salam sejahtera dan selamat datang kami ucapkan melayari laman web kami mydesign2u.com yang merupakan laman web kedai online yang memaparkan pelbagai rekabentuk rumah banglo yang dilihamkan oleh Dia Yang Maha Berkuasa untuk anda semua. Berkemungkinan anda adalah sebahagian dari masyarakat yang berhasrat membina rumah kediaman impian anda disamping keluarga yang tercinta akan tetapi tidak tahu bagaimana cara serta tidak mempunyai idea-idea design untuk direalisasikan. Maka dengan itu kami di mydesign2u.com mencuba menawarkan pelbagai konsep dan jenis rekabentuk untuk anda yang berminat memilih secara online dan membelinya. Kami amat berharap dengan semua design yang cuba kami berikan dapat memenuhi citarasa dan kriteria anda untuk direalisalikan. In sha allah. Selamat membeli dan terima kasih.

MUDAH DAN CEPAT
Z

MEMBUAT PILIHAN

Anda boleh memilih pelbagai rekabentuk yang telah kami disediakan bagi menepati citarasa, luas tapak dan bajet anda.

MEMBUAT BAYARAN

Anda boleh membuat pembayaran rekabentuk produk yang anda minati bersesuaian dengan citarasa anda.

PENGHANTARAN

Penghantaran akan dibuat dalam 2-3 hari hari bekerja setelah pembayaran diterima. Tracking No. akan diberikan.

PENERIMAAN PRODUK

Anda menerima produk anda ke alamat yang telah anda nyatakan di dalam borang disediakan.
Info penting sebelum membeli produk kami

  • Kedudukan ARAH KIBLAT bagi memastikan arah solat dan kedudukan tandas apabila pembinaan kelak.
  • Di antara perkara yang PALING PENTING adalah status tanah, pemilik tanah yang dicatatkan di dalam geran tanah. Pastikan status tanah anda boleh di bina bangunan kediaman ( Sila rujuk Pejabat Tanah tempat anda untuk keterangan lanjut ) Pemilik tanah masih hidup dan memberi kebenaran. Jika pemilik tanah telah meninggal dunia mesti buat pusaka.
  • Sila pastikan keadaan mukabumi tapak cadangan anda bersesuaian dengan pilihan rekabentuk pelan.
  • Dapatkan serba sedikit info kos dari beberapa kontraktor berdasarkan bajet anda. Berapakah keluasan bangunan dan jenis kemasan yang boleh anda dapat. Anggaran kasar ini boleh anda jadi rujukan awalan. Akan tetapi ia BUKAN tepat. Hanya juru ukur bahan sahaja yang dapat memberikan kos pembinaan yang lebih detail. Harga kos pembinaan amat bergantung kepada kos bahan dari masa ke semasa dan lokasi tapak anda.
  • Jika anda peruntukan tambahan, dicadangkan agar menjalankan rawatan anai-anai pada tapak binaan sebagai langkah awal mencegah serangan anai – anai. Anda boleh merujuk terus syarikat rawatan anai – anai yang berkelayakan.
text2
  • Sila pastikan keluasan saiz tapak cadangan binaan bangunan anda memenuhi semua syarat -syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tempat anda agar TIDAK menimbulkan masalah kelak .Sebagai contoh rujuk PELAN TAPAK di atas. Jika panjang lot tanah anda 100 ‘-00” (30.48m) x 50′- 00” (15.24m) lebar maka panjang maximum cadangan bangunan adalah 70′ – 00′(21.336m) panjang x 30′ – 00″ (9.114m) lebar. Perkara ini berlaku adalah kerana anjakan garisan bangunan 10′-00′ ( 3.048m ) kiri, kanan serta belakang bangunan manakala 20’-00” (6.096m) anjakan garisan bangunan pada bahagian hadapan jalan masuk. Zon berwarna merah adalah zon dibenarkan
  • Berkemungkinan contoh yang dipaparkan di atas TIDAK sama dengan satu Pihak Berkuasa Tempatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan tempat yang berlainan. Pihak kami tidak bertanggung jawab dengan contoh yang diberikan yang boleh menimbulkan sebarang masalah. Ini adalah contoh, maka menjadi tanggung jawab anda mendapatkan info yang lebih terperinci dari Pihak Berkuasa Tempatan anda.

Adalah menjadi satu kemestian untuk anda melantik Juru Ukur Tanah Bertauliah bagi mengukur keseluruhan sempadan kawasan, bentuk mukabumi, arah kiblat dan sebagainya agar proses pembinaan kelak berjalan dengan lancar. In sha allah.

Sila pastikan status tanah yang tercatat di dalam geran berkenaan jenis tanah, jenis geran, pegangan hakmilik, halangan atau sekatan kepentingan terhadap tanah tersebut dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila ke Pejabat Tanah kawasan berkenaan bagi memastikan bahawa cadangan tapak kediaman tersebut boleh dibina.

Carian Pantas

show blocks helper

Contoh Pakej – Pakej

Contoh Pakej – Pakej

Yang diceritakan  oleh sebahagian dari para pelanggan kami.

Berikut adalah apa yang pelanggan katakan tentang pengalaman rumah mereka yang bermula dengan mencari rumah impian mereka di Mydesign2u.com

“Cantik, selesa serta ringkas namun namun tetap elegan.

Menepati kreateria dan citarasa kami sekeluarga dan terasa seperti bermimpi tentang kediaman dapat direalisasikan.  Syukur kepada tuhan kerana keizinanya kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan di kediaman baru ini. Para tetamu dan serta saudara mara  turut merasa selesa. Terima kasih kepada mydesign2u.com

Puan Rohani

Rekabentuk yang menarik dan inovatif untuk kami

Isteri saya dan saya sangat gembira dengan idea – idea yang ditampikan Mydesign2u.com. Kerja yang baik telah diberikan kepada kami. Saya berpuas hati dengan rekabentuk yang menarik dan boleh mengesyorkan Mydesign2u.com kepada semua kerana anda dengan idea ditampilkan menjimatkan masa memikirkanya ..Encik Osman

Jom Melihat Semua Produk Design Di Dalam Koleksi Kami